Jogja Day 5

DAY 5 ~ 24.05.2015

Day 1 & 2 . Day 3 . Day 4     🏠 Home

Sebenarnya kitorang pun tak tau nak buat ape ari ni. So, semalam akak guide tu suggest kitorang buat aktiviti yang lain daripada yang lain. Kali ni kitorang kena masuk hutan sikit ke Goa Gunung Kidul. Ni memang kali pertama aku buat aktiviti ni. Kitorang perlu basah untuk buat benda ni. Hihi... Gunung Kidul ni ada sebuah gua yang ada sungai kat bawah die. Penduduk kampung kat sini yang jumpe and dorang baru jer discover benda ni dan jadikan ia sebagai objek wiata. Memula of course la kena salin pakaian dulu. Dah siap pakai safety jacket, kitorang dibawa ke tempat bermula perjalanan dalam gua ni yang menggunakan pelampung besar. Nanti akan ada guide yang akan tarik korang sepanjang laluan tu nanti. Kiranya korang tak yah susah-susah la. Dok jer atas pelampung tu. 


Mula masuk memang gelap gelita... Laluan tu tak la jauh sangat. Time kitorang masuk tu memang agak ramai orang so agak sesak la kat dalam gua tu. Dah nak hujung-hujung tu, baru nampak cahaya sebab ada satu lubang kat atas. Baru la nampak betapa jernihnya air sungai tu. Kira best jugak la aktiviti ni. Something different and new. Kalau korang penah tengok Ke Indoneia Ke Kita yang Wak Doyok ngan Myo tu, dorang pun ada buat benda ni gak tau. Dah penat main air tu, mesti la lapar kan. Kitorang pun pegi la lunch bila dah sampai kat Jogja city. Then, kitorang singgah beli satu distinguish dish kat Jogja ni iaitu bakpia. Sedap jugak benda bakpia ni. Macam dessert la. Kitorang beli jugak untuk member-member office rasa nanti. 

View point ni happening kalau waktu malam
Then, kitorang balik hotel la untuk rest. Agak letih jugak la main air tadi, Hihi... Dah rest kitorang kuar semula ke Jalan Malioboro untuk recce for last time. Malam tu kuar dinner dan terus la kitorang shopping for the last time. Kira ni berabis-abisan la. Tawar menawar pun sakan. Haha... Yelah, dah malam terakhir kat ini. Jauh jugak kitorang ulang-alik jalan tu. Dah agak-agak cukup, kitorang pun balik bilik. Macam biasa, aktiviti yang aku paling tak suka adalah packing. Haha... Boleh tahan jugak barang aku ni. Dah la aku ni ada OCD. Hihi... 

Besoknya berakhirlah trip kitorang di kota Jogjakarta kali ni. Lepas breakfat kat hotel dan check out, kitorang pun menuju la ke airport. Trip kali ni tak kurang seronoknya tanpa insiden-insiden yang tidak diingini. Hihi... InsyaAllah, ketemu lagi dalam catatan trip yang akan datang... Stay tuned...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan