Surabaya Super

DAY 0 & 1 ~ 05.03.2015
Day 2 . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home
(click image untuk paparan album lebih besar)

Okay… Dah lama aku tak update blog aku ni. Nak wat camne, tuntutan kerjaya… Hahaha… (sangatttt…!!!) Actually trip kali ni dah berlangsung tahun lepas lagi dah. Destinasi kitorang kali ni masih lagi di Indonesia. To be exact, SURABAYA. Surabaya ni terletak di bahagian timur Pulau Jawa. Flight kitorang dari KLIA2 pagi, (takde la awal sangat) tapi disebabkan kitorang dari Penang, so kene la amik flight paling lewat (tengah malam) hari sebelumnya tu sebab flight terawal dari Penang tak sempat nak catch up flight kitorang ke Surabaya tu. Terpaksa la kitorang bermalam di KLIA2. Hihi... 

Bye bye Penang...

Terasa macam pelancong betol. Memang ramai orang yang overnite kat KLIA2 ni. Memang tak selesa sangat la nak tido pun. Tido-tido ayam jer. After dah breakfast, kitorang pun menuju ke counter check-in bila tiba waktunya. Cuaca Alhamdulillah baik. Lebih kurang 2 jam lebih penerbangan, kitorang pun sampai la di Juanda International Airport, Surabaya. Beso la jugak airport die. Airport baru. Sebelum datang sini, kitorang dah pun buat arrangement dengan orang tour guide kat sini. So, masa nak keluar kat ruang menunggu tu, ade la guide-guide yang pegang sepanduk nama-nama orang. Ni baru la pelancong. Haha... guide kitorang ni namanya Pak Wong. Sebenornye, die ni orang Malaysia gak. Orang Penang lagi, tapi dah lama dok kat Surabaya ni atas urusan bisnes. Walaupun dia ni chinese, tapi cakap melayu memang fasih sungguh. Selepas dah sembang-sembang dan brief apa yang nak dibuat untuk hari ni, dia pun serahkan kitorang kat staf dia. Yelah, dia kan boss. Takkan dia plak yang nak bawak kitorang. Untuk hari pertama ni, kitorang akan terus menuju ke Gunung Bromo. Masa nak mulakan perjalanan tu, boleh pulak handphone aku buat hal masa nak tuko simcard sana. Tak boleh nak on terus...!!! Aarrggghhhhh...!!! Tension siot. Tapi nak wat camne. Kitorang pun teruskan la perjalanan dengan Avanza. Kitorang diberitahu perjalanan ke Gunung Bromo ni memang agak jauh dan jalan dia boleh tahan mencabar... Tawakal je lah. 

Lapindo


On the way tu kitorang singgah kat Lapindo. Lapindo ni dulunya adalah sebuah perkampungan tetapi akibat dari berlakunya kejadian banjir selut panas, habis kawasan kampung ni ditimbusi dengan selut tu. Kesian la jugak tengok... Memang habis terus... Korang boleh tengok kesan-kesan dari musibah ni. Dah abis amik gambar, kitorang pun meneruskan perjalanan. Driver tu singgah kat satu kedai menjual barangan kulit. Dia kata memang murah harga kat sini. Mula ingat tak nak beli apa-apa lagi tapi terjebak jugak. Haha... Tapi takde la beli ape sangat pun. Aku beli sandal jer. Hari semakin petang dan cuaca semakin gelap. Memang jalan die macam ular kena palu. Seb baik la view cantik so takde la rasa pening sangat. Di lereng-lereng bukit tu memang penuh dengan tanaman sayur. Tak pasang aircond pun nyaman je rase. 

Durian serigala jadian... Hihi...


Sebelum sampai tu, kitorang nampak ada gerai-gerai tepi jalan yang menjual buah-buahan, termasuk la durian. So... we all decided to try rasa durian kat sini. Eeemmmm... Pendapat peribadi aku, durian Malaysia jauh lebih sedap... Hihihi... After lebih kurang 4, 5 jam, campur dengan jam lagi, sampai la kitorang kat Hotel Bromo Permai 1. Hotel ni is the best hotel kalau nak buat aktiviti kat Bromo ni. Lepas check in hotel, kitorang jalan-jalan la kat sekitar hotel ni sementara tunggu nak dinner. Memang cantik view. Tak sabar nak tunggu aktiviti besok. Kat sini ramai budak-budak dok jual muffler. Ye lah, memang sejukkkkk siot kat sini. So, baju sejuk or sweater is a must. Snow cap pun sama. Glove pun sama. So, bawak le siap-siap yer kalau tak nak beli kat ini. Dinner kitorang kat restaurant kat hotel ni not bad. Harga pun berpatutan. Lepas jalan-jalan lagi menikmati udara dingin malam, kitorang pun balik ke bilik untuk rest sebab awal-awal pagi nanti dah nak kena bangun...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan