Surabaya Day 3

DAY 3 ~ 07.03.2015
Day 1 . Day 2 . Day 4 . Day 5     🏠 Home


In front of our hotel
Lepas check out around jam 8 pagi, kitorang pun meneruskan pengembaraan hari ketiga kitorang. Lokasi pertama ke air terjun Coban Rondo. Takde la jauh sangat. Tak sampai sejam pun. Air terjun ni famous sebab sejarah dan legendanya. Lebih kurang camni ni, ada sepasang kekasih ni baru je bernikah, tetapi ada sorang lelaki berkenan sangat dengan si isteri ni. Maka berlakulah pertarungan antara dua orang lelaki ni. Si suami ni menyuruh si isteri ni tunggu kat air terjun (coban) sementara dia pi berlawan. Malangnya, kedua-dua lelaki ni terbunuh semasa bertarung. Maka, jadilah si isteri ni janda (dalam bahasa jawa disebut rondo). Maka dipanggillah air terjun ni sebagai Coban Rondo. Disebabkan masih awal pagi lagi so tak la ramai lagi orang datang. Sebab kitorang tak breakfast lagi (makan jajan semalam jer) so memang kelaparan la. Seb baik la ada jual-jual makanan kat tepi-tepi ni. Actually bukan air terjun jer ada kat sini. Banyak aktiviti boleh buat macam flying fox, water rafting, dan macam-macam lagi. Yang paling famous jugak activiti camping atau berkhemeh di kawasan sekitar yang memang cantik dengan pokok-pokok rhu. Antara kawasan perkhemahan terkenal kata pak supir. 


Korang baca la sejarahnya...
Informasi















After that, kitorang menuju ke ladang apple. Ada 2 jenis apple kat sini; hijau dan merah. Yang menariknya, kat sini apple merah yang masam, yang hijau manis. Tak macam kat tempat kita kan. Tebalik plak. Kat sini korang boleh makan sesuka hati korang la (after bayar kat tuan ladang tu, kira macam entrance fee la). Aku siap gigit buah kat pokok lagi pastu tinggal (jahatnya aku). Kalau korang nak beli bawak balik pun boleh. 

     


     


Pilih... Pilih...
Lepas dah puas makan apple, kitorang gi bandar balik. Ye ler... masing-masing dah kelaparan. We are having our lunch. Lepas dah kenyang, kitorang di bawa ke istana oleh-oleh Brawijaya. Ni tempat paling famous la kat Kota Batu ni kalau nak beli souvinir, especially makanan tradisi. Macam-macam jenis jajan ada kat sini yang menjadi trademark Kota Batu. Yang paling famous kerepek-kerepek dia la. Ada kerepek apple, nangka, keladi, macam-macam lagi lah. Banyak flavors plak tu. Korang boleh rasa dulu sebelum beli. Tapi yang paling aku suka keropok tempe dia. Perrgghhhh... Memang terangkat lah. Dorang siap boleh bungkuskan dalam kotak lagi so senang la korang nak bawak naik flight nanti. Dah habis shopping kat sini (lama jugak la kitorang kat situ) kitorang menuju pulak ke ladang buah limau (orang kat sini panggil buah jeruk). Konsepnya sama jer macam ladang apple tadi, bayar entrance fee then eat what you want. Buah limau die takde la manis sangat, maybe sebab salah musim kot. Hihi... 

Buah limau pun nak berebut...












Masjid Cheng Ho...














Dah puas kat sini, kitorang pun memulakan perjalanan balik ke kota Surabaya. Dalam 3 jam lebih jugak amik masa. On the way tu kitorang singgah kat Majid Cheng Ho yang bercirikan senibina cina. Kebetulan tak jauh dari situ ada pesta makan buah durian. So, kitorang pun join la skali. Kali ni rasanya better la dari kat Bromo tu. Haha... Kat kota Surabaya ni kitorang stay kat FaveMex Hotel. Okay jugak hotel dia. Nice. Dah siap-siap mandi, rest jap pastu kitorang kuar nak dinner. Kitorang jalan kaki jer. Pusing-pusing lastly kitorang pegi mall yang memang besar. Dinner kat food court kat itu jer la. Makanan Malaysia bersepah-sepah. Hihi... Kat sini memang banyak mall. Manusia pun ramai. Very modern. Dah letih pusing dalam mall, kitorang pun balik hotel nak zzzzzzzzzzz.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan