Surabaya Day 2

>
DAY 2 ~ 06.03.2015
Day 1 . Day 3 . Day 4 . Day 5     🏠 Home

Okay. This is the most exciting part of this trip. Ini la actually the reason why we all decided to do this trip. Untuk aktiviti ni, kitorang perlu siap and get ready seawal jam 4 pagi. Diulangi, seawal jam 4 pagi. 4 pagi tu kira paling lewat la dan kitorang beruntung sebab stay paling dekat dengan kawasan yang kitorang nak pegi tu so kalau orang yang stay jauh, kene la bangun lagi awal. Actually kitorang bangun awal-awal pagi ni is for aktiviti melihat sunrise di Penanjakan. Suhu pagi-pagi camni, tak yah cakap laaaa... Memang sejukkkkk gilerrrrr...!!! Berkabus-kabus kalau cakap. Hahaha... 

Sejuk gilerrr...!!!


Lepas naik jeep kitorang, maka bermulalah perjalanan mengarungi kegelapan. Memang terer la driver ni. Rasa macam naik rollercoaster jer. Perjalanan tu amik masa kurang sejam jer. Kat atas ni lagi la sejukkkkk. Kitorang kena memanjat sket untuk sampai ke atas. Ada la orang jual-jual souvinir ngan benda makan sepanjang jalan nak naik ke atas tu. Sebab awal lagi, so nampak lampu-lampu je la dari kejauhan. Memang ramai sungguh orang. Orang luar ramai, orang tempatan pun ramai. Semuanya nak ambil kesempatan untuk menyaksikan keindahan matahari naik. After about sejam tunggu, mentari merah di ufuk jingga pun mulai kelihatan. Tapi... nasib kitorang agak kurang baik sebab kabus dan awan agak tebal hari tu... So, tak nampak sangat la sunrise. Huhuhu... Takpe lah, maybe takde rezeki kitorang. 

  
Tahan sejukkk...
Besttt...!!!













Mentari muncul lagi...
Kabus tebal la plak...














Lepas dah tengok matahari naik, kitorang pun turun semula kat tempat jeep tadi. Destinasi seterusnya adalah ke Gunung Bromo. Haaaa... Ni lagi satu adventure, nak kena naik kuda la pulak. Actually, boley je kalau korang nak jalan kaki tapi bila tengok jarak perjalanan yang agak jauh, better naik kuda jer. Lagi pun, bila lagi nak merasa kan. Harga pun takde la mahal sangat (ikut musim sebenarnya) dalam aggaran 100 ribu rupiah jer (lebih kurang 30 hengget). Kuda yang aku dapat tu agak agresif... Risau plak aku. Hahaha... Laluan kuda ni boleh tahan mencabar jugak. Kena pandai balancekan badan untuk avoid dari jatuh. Dah la kena naik bukit plak tu. After about 20 to 30 minute, kitorang kena turun dari kuda dan meneruskan pendakian dengan anak tangga. Ada la macam tangga kat Batu Caves tu... Cuma yang lebih mencabar sebab terpaka hidu bau sulfur yang agak kuat. Oh yer, lupe nak bagitau. Gunung Bromo ni sebenarnya adalah gunung berapi yang masih aktif. Memang tengah berasap lagi. Tu yang bau sulfur kuat tu. So, panjat tangga tinggi-tinggi sebab nak tengok aktiviti gunung berapi aktif ni ler. Bukan senang nak dapat this kind of experience kan. Dah posing-posing sakan kat atas tu, kitorang pun turun la semula. 

Naik kuda...!!!
Tangga tu la kena panjat
Selepie duluan...

Middle of the climb
Selepie lagi
Wowww...



The crater
Pose 1
Pose 2

Destinasi seterusnya adalah dataran savannah. Fuhhhhh... The view was so amazinggg...!!! Subhanallah... Memang sungguh indah alam ciptaan Allah ni. Memang tak ubah seakan-akan view macam dalam lokasi citer The Lord of The Ring kat New Zealand tu. Cuaca pun baik, so menambahkan lagi kecantikan kawasan ni. Puas jugak la kitorang posing feeling ala-ala retis. Hahaha... 

Lord of The Ring 1
Lord of The Ring 2
Retis





One for the album...















Next, kitorang ke kawasan pasir berbisik. Pasir kat sini kaler hitam sebab yelah, kan kawasan gunung berapi. Abang drebar jeep tu kata kalau masa ada angin, kita boleh dengar seolah-olah pasir tu sedang berbisik dengan kita. Dalam kawasan pasir berbisik ni jugak ada sebuah batu yang seakan-akan seekor singa. Memang macam singa. Bukan diukir tetapi memang natural wonder. Dah habis tour kat kawasan Bromo ni, kitorang pun balik semula ke hotel untuk bersihkan diri dan seterunya check out untuk ke destinasi seterusnya. 

Pasir berbisik...
Pose lagi
Dan lagi...










Memang macam singa kan...
Lagi...
















Our next stop will be in Kota Batu, lebih kurang 3 jam lebih perjalanan bergantung kepada keadaan trafik. Cuaca agak mendung sepanjang perjalanan. Sampai jer kitorang kat Batu Secret Zoo, hujan renyai-renyai. Zoo ni memang sempoi, antara zoo terbaik yang penah aku lawati. Zoo-zoo kat Malaysia boleh ambil contoh macam mana these people running a zoo. Sangat interaktif, berinformasi, santai, pendek kata memang best la. Tapi rugi sebab kitorang sampai dah lewat so terpaksa rush untuk tour zoo ni. Perlu masa sehari suntuk untuk enjoy everything. 



Jom main tembak-tembak
Bukan ade zoo je tau, siap dengan theme park lagi. Tak perlu nak bayar-bayar untuk ride-ride tu semua. All included dalam entrance fee tu. Animal show pun ade tau. Sebab tu la sap ada hotel kat zoo ni sebab sehari memang tak cukup. Hotel ni pulak balcony bilik die mengadap zoo tu, so memang boleh tengok all these animal activity. Gempak kan? Macam kat safari plak. Sebelum masuk zoo tu, ade la satu kejadian yang tak diingini berlaku kat one of my friend tapi tak yah la citer. Don’t worry, nothing bad about this place cuma the incident je yang kelakar... Hihihi...

             


Baik jer wombat ni... Kasar bulu die...
Dah abis round zoo, kitorang pun check in hotel kat Kota Batu ni. Nama hotel ni Sumber Hotel. Not bad at all, ala-ala boutique hotel. Actually ianya rumah bungalow yang dijadikan hotel. After bersihkan diri, kitorang pun gi kuar dinner. Kitorang mintak pak supir tu bawak gi mall, tapi die bawak gi supermarket yang ala-ala jer. Hahaha... Pas dinner baru dia tringat ada atu shopping mall kat ini. Okay la jugak, much better dari supermarket tadi. Kitorang round-round kat dalam mall tu then beli jajan sket. Pastu kitorang balik hotel la nak tido...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan