Surabaya Day 4

DAY 4 ~ 08.03.2015
Day 1 . Day 2 . Day 3 . Day 5     🏠 Home

Arca Suro & Boyo
Hari ni aktiviti kitorang banyak kat dalam kota jer. Pak supir datang ambil kitorang then pegi breakfast dulu. Kat McD jer pun. Haha... Dah makan, kitorang singgah kat icon famous kat Surabaya ni. Tugu seekor ikan yu (suro) dan seekor buaya (boyo). Dari situlah kota ni dapat nama dia. Kat sebelah icon ni ada zoo (taman haiwan) terbesar kat sini dan paling happening kalau on weekend. Tapi kitorang tak masuk la. Next destination is monkasel a.k.a Monumen Kapal Selam. Kira tentera Indonesia ni memang lebih maju dari kita sebab dah ada kapal selam sejak dari tahun 1962 lagi dah. Kita baru-baru ni jer ada... Hihihi... Monkasel ni kiranya macam yang ada kat Melaka tu la. 



Dah puas pusing sini, kitorang round-round city tour sekitar kotaraya Surabaya. Kitorang singgah kat Dataran Balaikota Surabaya (macam majlis bandaraya la) and posing-posing jap. Dah puas buat cover album, kitorang singgah kat Dataran Kemerdekaan. Kira macam nak memperingati perjuangan Soekarno dalam memerdekakan negara Indonesia. 

     

Next kitorang ke House of Sampoerna. Yes. Memang Sampoerna yang rokok tu la. Kat Surabaya ni lah ianya bermula. Tempat ni sebenarnya kilang pemprosesan rokok ni sejak lama dulu. Sekarang dah dijadikan muzium. Macam-macam cerita dan sejarah yang korang boleh tahu, di samping barangan koleksi peribadi tuan empunya syarikat ni. 

     

Dah abis pusing, pak supir bawak kitorang ke Plaza Jembatan Merah. Kat sini sebenarnya tempat popular orang tempatan dan juga pelancong untuk membeli barangan dengan harga yang lebih murah. Yang paling banyak baju la. Kitorang sempat la jugak rembat beberapa helai baju batik. Hihi... Dah puas beli-belah, biasa la perut pun lapar la. Pak supir pun bawak la kitorang pegi lunch. 

     


Dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Sunan Ampel. Ini kawasan komuniti Islamic yang mana terdapat sebuah masjid yang disemadikan di situ jasad seorang wali Allah (wali songo). Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan kelengkapan untuk orang Islam beribadah seperti jubah, telekung, kain pelikat, serban, sejadah dan juga aksesori seperti tasbih. Tempat ini juga menjadi tumpuan untuk umat Islam membeli barang keperluan untuk menunaikan haji dan umrah. Dah puas jalan kat situ, kitorang bergerak ke Jambatan Suramadu. Jambatan ini menghubungkan Surabaya dan pulau Madura. Sebab tu la ianya digelar jambatan Suramadu. Kat pulau Madura ni takde apa sangat pun. Kat tepi-tepi jalan tu ade la gerai-gerai yang menjual souvinir. Lebih kurang sama jer barang yang diorang jual. Masa balik semula ke Surabaya, kitorang lepak-lepak la dulu kat tepi laut jambatan tu. Memang tempat orang tempatan lepak dan menikmati matahari terbenam. Dah nak gelap, kitorang pun gerak semula ke kota untuk dinner. 

                    

Malam ni kan malam terakhir kitorang so kitorang pun nak rilex-rilex la sket. Kitorang pegi karoks kat Ahmad Dhani punye karoks center. Yang terkejutnya lagu-lagu Malaysia lagi banyak kat sini dari karoks center kat Malaysia. Hihi... Satu yang pelik kat Surabaya ni, punya la payah nak cari fridge magnet...!!! Kitorang dah singgah kat banyak kedai souvinir tapi memang takde. Nak tak nak kena la beli kat kedai souvinir kat dalam mall tu (kitorang dah survey dah semalam) yang harganya memang la menarik jugak... Hahaha... Berlari-lari la kitorang ke mall tu sebab dah nak tutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan