Jogja Day 3

DAY 3 ~ 22.05.2015

Day 1 & 2 . Day 4 . Day 5     🏠 Home

A new day. Kitorang breakfast kat hotel. Not bad buffet kat sini. Sedap jugak. Akak guide pun dah tunggu. Ari ni kitorang akan ke Solo dalam wilayah Surakarta. Dalam 2 jam jugak la. Destinasinya adalah ke Pura/Istana Solo Mangkunegaran. Kat sini la kerabat raja Solo tinggal. Walaupun istana ni dah jadi objek wisata, namun diorang masih lagi stay kat sini tau. 

               


Sedappp...!!!

Dah abis tour kat istana ni, kitorang lunch buffet kat restoren yang agak unik bedekatan dengan istana ni jugak. Banyak jugak la makanan tradisi Indonesia yang boleh dicoba. Layanan pun best, sambil dialun dengan iringan muzik tradisional secara live lagi. Dah kenyang, kitorang balik semula ke kota Jogja tapi sebelum tu kitorang singgah dulu kat Kompleks Candi Prambanan. Memang magnificent la candi ni. Bukan saja candi yang tertinggi pernah dibina malah terkompleks yang pernah dibina. Candi ini juga telah diiktiraf sebagai candi tercantik di dunia. Memang kagum la sebab bongkah-bongkah yang digunakan memang besar-besar. Dah tu nak kena angkat lagi. Sebelum tu nak kena ukir lagi. 

               

Fuhhh... Namun gempa bumi yang melanda daerah ini baru-baru ini turut memberi kesan kepada candi ini di mana ada bongkah-bongkah yang turut runtuh. Bagi memperingatinya, satu tugu telah dibina oleh pihak UNESCO dan kerajaan Indonesia memandangkan ianya juga adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kalau time weekend, diorang ada buat show waktu malam yang menceritakan tentang kisah dewa-dewa Hindu. 

               




Habis pusing-pusing kat sini, kitorang pun kembali la ke hotel untuk aktiviti bebas. Kitorang dinner dekat-dekat hotel jer. Sini makan memang takde masalah. Tonight kitorang try street food. Yelah, dah kat tempat orang mesti la kena try jugak rakyat marhaen makan mcm mane kan. Tadi akak guide tu ada bagitau untuk try satu signature drink kat Jogja ni iaitu kopi JOS. Korang nak tau kenapa kopi ni special? Haaaaa... Sebab dorang guna arang untuk buat kopi...!!! Arang yang pana-panas tu dorang masukkan dalam gelas. Rasa macam minum air arang plak. Hihi... Not bad la. New experience kan. Rasa macam kopi jugak la. 

Ni la dia kopi Jos...
My dinner. Nasik goreng pineapple







Dah abih makan dan minum, kitorang meneruskan merayau di sepanjang Jalan Malioboro. Macam biasa, jalan ni memang setiap malam dipenuhi orang. Kalau korang nak try naik kereta kuda pun boleh. Cenderamata ngan street food memang di sepanjang jalan. Aku pun tak pasti berapa kilometer kitorang jalan satu malam... Shopping punya pasal sakit kaki pun takpe, haha... Agak-agak dah letih, kitorang pun pulang la ke kamar peraduan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan