Jogja Day 4

DAY 4 ~ 23.05.2015

Day 1 & 2 . Day 3 . Day 5     🏠 Home

Hari baru, semangat baru. Today kitorang akan buat aktiviti lasak sket. Excited jugak ni sebab kawasan yang kitorang nak pegi ni baru sahaja dilanda letupan gunung berapi yang sangat dahsyat pada tahun 2010. Gunung Merapi. Itulah namanya. Hari ni kitorang akan tour ke kawasan sekitar Gunung Merapi (tapi bukan la pegi panjat gunung tu, jauh la jugak dari gunung tu tapi boleh nampak dengan jelas). Sampai je kat area itu, kitorang tukar naik jeep yang akan bawak kitorang singgah kat beberapa tempat. 

Pit stop pertama adalah kat bekas sebuah rumah penduduk tempatan yang musnah disebabkan oleh letupan terebut. Kira dijadikan macam muzium la. Sedih sangat tengok... Benda-benda plastik semuanya cair, even lembu dia pun tinggal tulang jer. Jam dinding yang menunjukkan waktu letupan pun masih ada. Terdapat juga gambar-gambar semasa letupan berlaku dan kesannya kepada masyarakat setempat. Korang bayangkan la, gunung tu jauh kot, tapi kesannya... MasyaAllah... Kuasa Allah... 

Pit stop kedua adalah kawasan lapang yang korang boleh nampak Gunung Merapi tu dengan sangat jelas. Dok berasap lagi... Cuak la jugak. Hahaha... Sepanjang perjalanan nak ke sini ni korang boleh nampak batu-batu besar kesan terpelanting dari letupan tu la. Sebesar rumah pun ada siot... Mana tak rosak rumah. Boleh dikatakan semua rumah telah ditinggalkan kerana musnah teruk. Lagi pun, mesti la dah takut nak dok situ lagi kan. Kat kawasan ni jugak ada seketul batu yang seakan-akan muka alien so dorang pun panggil la Batu Alien. Batu ni pun dimuntahkan ketika letupan gunung berapi tu. Just imagine... Batu sebesar ni dimuntahkan ketika letupan tu berlaku... Bukan satu, bukan dua tau... Macam peluru tu... Errrkkkk... Next stop adalah ke kawasan bunker. Sepanjang perjalanan nak ke sini, korang jugak boleh lihat lurah-lurah seakan sungai. Benda ni sebenarnya adalah laluan lahar/larva gunung berapi tu. Besar dan banyak gilerrr... Bunker ini bertujuan sebagai tempat perlindungan sekiranya berlaku letupan gunung berapi. Keadaan kat dalam tu... Agak terhad. Tapi ada la toilet. 


               

               

Abang driver jeep tu kata masa dulu semua keperluan ada kat dalam ni. Masa drive balik ke tempat naik jeep tu, abang tu bagitau semalam ada student univerity mati jatuh kat dalam kawah Gunung Merapi tu masa diorang ada ekspedisi mendaki. Errrrkkkkk... Dari Gunung Merapi, kitorang balik semula ke kota Jogja. 

Next visit kitorang adalah ke Istana Kraton. Ni pun kediaman kerabat-kerabat jugak la. Ada beberapa pintu masuk sahaja yang dibenarkan untuk digunakan oleh pelawat. Yang lainnya khas untuk kerabat yang masih lagi stay kat sini. Boleh tahan jugak la istana ni. Ramai pulak ‘dayang-dayang’ lelaki kat istana ni. Tapi yang ramainya melepak jer aku tengok. Hihi... Ada la koleksi-koleksi peribadi ultan yang dipamerkan dan juga gambar-gambar beliau. Selepas istana, kitorang ke Tamansari dan Istana Air. 

Tempat ni macam tempat permainan golongan kerabat ni la dulu-dulu dan dibuat persembahan. Istana Air tu pulak macam swimming pool la. Puteri dan dayang-dayang akan mandi manda kat sini. Tapi time kitorang pegi tu air kolam belum diselenggara so agak kotor sikit. Dah penat melawat istana, kitorang pun having lunch kat restoren dekat-dekat itu jugak. 

               

               



Dah kenyang makan, kitorang meneruskan perjalanan ke Pantai Parangtritis untuk menikmati sunset. Pantai ni pun tempat orang-orang tempatan meluangkan masa bersama keluarga. Pantainya memang sangat luas. Ombak pun boleh tahan... Memang bergulung-gulung. Sementara nak tunggu sunset tu kitorang ronda-ronda pandai dengan menaiki ATV. First time aku naik benda alah ni. Hihi... Kalau nak jalan memang lenguh jugak la sebab pantai die memang panjang. Nak naik benda ni kena ada skill gak tapi bila dah awhile, OK dah la. Sunset pun menjelma... Dah amik-amik gambar kitorang pun pulang semula ke kotaraya Jogja untuk makan malam dan macam biasa... Jalan-jalan di Malioboro Street that never sleep...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan